Sunday, November 9, 2008

Tangan Ghaib

Semalam telah berakhirnya Persidangan UMNO Bahagian, ana melihat senario 'tangan ghaib' ini bukannya baru dalam politik orang - orang Melayu malah mungkin telah berbuih diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO, Dulu Kini dan Selama-lamanya tetapi ianya tidak diperendahkan. Melihat terdapatnya pertandingan jawatan dari Timbalan Presiden sehinggalah Naib Ketua Puteri UMNO, semua calon yang berjaya tersenyum lebar dan bagi yang tidak berjaya tu...macam selalulah!

Calon-calonnya telah ada dan melepasi kuota, yang menunggu kini adalah para perwakilan menanti mana satu 'tangan ghaib' akan menghulur....apa yang dinanti tu...sendiri mau pahamlah! Tapi apa yang menanti si 'tangan ghaib' ini....sendiri mau ingatlah! Setakat ni 900 aduan telah Lembaga Disiplin UMNO diterima...bila masa nak ambil tindakan? Tempoh si 'tangan ghaib'......calon-calonnya adalah.......lama tu nak tunggu MAC 2009 ni, banyak kejelah nampaknya....kita tunggu sapa yang kena....!

Setakat ni, ada yang minta pucuk pimpinan tertinggi UMNO bertindak tegas dan mendedahkan si 'tangan ghaib' ni kononnya demi kepentingan UMNO tapi siapa yang berani...takut nanti 'meludah kelangit' aleh-aleh calon tu....ha baru terkejut, bole ke ketelusan yang dilaungkan dapat membina kebenaran? Kerana 'tangan ghaib' inilah tanda-tanda UMNO itu semakin lemah dan parah (itu kata Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis). Katanya lagi: walau pun si 'tangan ghaib' ini hanya segelintir sahaja, namun apa yang berlaku telah menggambarkan seolah-olah kesemua pemimpin dilihat bagaikan terbabit dengan si 'tangan ghaib' ini.

Sekarang ni UMNO dok fikir nak benteras si 'tangan ghaib' tapi pihak nun satu lagi dok nak hapuskan ISA bila mana dapat kerajaan, tapi kalau nak ingat....baru je seorang tahanan ISA dah dibebaskan...mungkin patut kot! Tak pe lah....mungkin lambat lagi kot nak memerintah. Berbalik isu 'tangan ghaib' ni....kata seorang calon Naib Presiden UMNO supaya kembali kepada asas perjuangan UMNO demi parti dan negara...pemimpin terdahulu,...mungkin la kot...! Fikir-fikir lah demi genarasi akan datang.....UMNO tetap sebuah parti Melayu yang dinamakan UMNO bukan pemimpin si 'tangan ghaib' ni yang mencoraknya UMNO, pemimpin sebegini disanggah, pemimpin yang ada perjuangan demi bangsa, agama dan negara ni lah pemimpin UMNO tetap UMNO....

0 comments: